EURAUD memasuki zon rintangan - analisis - 24-07-2019
Pasangan matawang EURAUD untuk analisa dan signal hari ini dilihat telah pun membuat kenaikan ke arah zon rintangan kukuh kita iaitu diparas 1.59614-1.59806.Dilihat dari segi trend,trend masih lagi berkekuatan BEARISH buat masa sekarang ini manakala indikator MA pula buat masa sekarang ini membentuk rintangan-rintangan kukuh diatas paras harga semasa yang memberi tekanan kepada harga semasa sekarang ini untuk melakukan kenaikan.Indikator stochcastik pula buat masa sekarang ini dalam proses melengkapkan kemasukan ke dalam zon overbought.Jadi mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa gagal melanggar zon rintangan kukuh ini maka harga semasa akan membuat penurunan dan akan mencari sokongan kukuh terdekat yang buat masa sekarang ini berada pada paras 1.59063.Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan harga perlu melanggar MA50 diparas 1.59806 untuk mengesahkan kenaikan.Melanggar MA50 ini akan membawa harga membuat kenaikan ke arah MA100 diparas 1.60407
Untuk signal hari ini saya mensasarkan position SELL kerana kegagalan harga melanggar zon rintangan kukuh ini.Dan sasaran saya untuk mengambil keuntungan adalah pada paras 1.59063.Dan saya akan mengambil risiko saya sehingga ke paras 1.60407 sahaja.
PASANGAN : EURAUD
ENTRY : SELL
SL : 1.60407
TP : 1.59063