EURAUD memasuki zon rintangan utama - analisis - 24-05-2019
Pasangan EURAUD hari ini dilihat telah pun memasuki zon rintangan utama yang berada disekitar paras 1.62467-1.63360.Trend masih lagi dilihat kekal dominan untuk bullish dan meneruskan kenaikan adalah jangkaan utama kita.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga berjaya melanggar zon rintangan utama ini iaitu tahap zon ini yang seterusnya ada pada rintangan 1.63360,harga semasa akan terus menaik dan mencari paras tertinggi JANUARI 2019 iaitu disekitar paras 1.65915.Sebaliknya jika harga gagal untuk melanggar paras rintangan ini maka harga akan cuba membuat penurunan dan sokongan terdekat yang akan dicari oleh harga semasa ialah pada tahap 1.61142.Melanggar paras ini pula akan menyebabkan harga mendekati paras sokongan disekitar 1.59326 yang mana buat masa sekarnag ini paras ini diwakili oleh kesemua MA.indikator stokastik pula berada pada tahap 50 dan memungkinkan jangkaan kenaikan kita disahkan dalam masa terdekat.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.61142 dan rintangan 1.65915
trend : bullish