EURCAD ditekan oleh trendline - analisis - 30-01-2019
Pasangan EURCAD hari ini dilihat membuka candle hariannya dalam keadaan bullish dan telah pun melanggar paras EMA200 di jangka masa harian.Ini memberikan tekanan kepada harga semasa dan jika dilihat pada jangka masa empat jam tekanan ini jelas kelihatan apabila harga telahpun menyentuh trendline dan sekarang ini melakukan sedikit retracement.Jangkaan saya adalah jika harga melakukan pelanggaran pada EMA100 di jangka masa empat jam maka harga akan terus melanjutkan perjalanan ke arah paras sokongan terdekat yang sekarang ini diwakili oleh EMA50 iaitu diparas 1.51284.Sebaliknya melanggar trendline ini bermaksud harga telah melanggar EMA200 di jangka masa harian dan kemungkinan harga akan bergerak mencari rintangan terdekat iaitu diparas 1.52663 yang sekarang ini diwakili oleh EMA200
Julat dagangan adalah sokongan 1.51284 dan rintangan 1.52663
trend : bullish