EURCHF bergerak dalam corak segitiga - analisis - 18-06-2019
Pasangan matawang EURCHF untuk analisa hari ini kita akan melihat pergerakan yang lebih tenang semenjak pagi tadi.Dapat dilihat dalam carta diatas bahawa harga semasa masih berada didalam corak segitiga dimana corak ini menunjukkan pelanggaran atau breakout sesuatu trend.Kita dapat kategorikan sekarang ini bahawa trend kecil menunjukkan bahawa harga dalam keadaan sideways.Dilihat kepada MA pula,sekarang ini dilihat 2 MA sedang berada berdekatan dengan harga semasa iaitu MA100 dan MA50.dua MA ini sekarang ini membentuk suatu sokongan kukuh diparas 1.12062.MA200 pula sekarang ini berada pada paras 1.12657 dan membentuk satu rintangan kukuh berdekatan rintangan utama diparas 1.12588.Stochcastik pula sekarang ini berada didalam zon 50 dan berkemungkinan akan cuba mencapai tahap 20-0 untuk membentuk oversold.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melanggar 2MA yang sekarang ini berada diparas 1.12062 ini maka harga akan cuba mendekati paras sokongan berdekatan iaitu diparas 1.11909.Melanggar sokongan ini menandakan bahawa harga semasa telah melanggar corak segitiga yang ditandakan dan kita boleh menjangka untuk harga semasa bergerak ke arah sokongan kukuh diparas 1.11443.Sebaliknya jika hari ini harga semasa gagal untuk melanggar 2 MA tersebut,maka harga semasa akan membuat kenaikan dan mendekati paras rintangan 1.12252.Melanggar paras ini menandakan bahawa harga telah melanggar corak segitiga dari atas dan harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan mendekati paras rintangan diparas 1.12463
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.11909 dan rintangan 1.12463
trend : sideway