EURGBP gagal melanggar zon rintangan - analisis -19-07-2019
Pasangan matawang EURGBP untuk analisa hari ini menunjukkan kegagalan melanggar zon paras rintangan utama diparas 0.90361-0.90959 dan sekarang ini cuba membuat penurunan ke arah bawah.Untuk trend,hari ini kita dapat lihat sebenarnya trend masih lagi dalam keadaan bullish yang jelas dan penurunan ini jika berlaku hanyalah bersifat sementara sahaja.Indikator MA masing menjadi benteng sokongan dari bawah menunjukkan bahawa kemungkinan akan berlaku retracement sementara sebelum harga naik kembali.Indikator stochcastik pula menyokong penurunan sekarang ini
Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa akan cuba membuat penurunan kearah sokongan terdekat yang diwakili oleh MA50 diparas 0.88906.Melanggar paras ini akan membawa harga membuat lebih penurunan dan membatalkan analisa awal kita.Penurunan yang berlaku boleh dijangka akan ke arah MA200 dan MA100 masing-masing sekarang ini berada pada paras 0.87880 dan 0.87425.Sebaliknya jika harga gagal melanggar MA50 ini maka harga akan membuat kenaikan dan menguji paras rintangan kukuh kembali iaitu diparas 0.90361-0.90959
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.88906 dan rintangan 0.90361
trend : bearish