EURGBP menjunam ke sokongan utama - analisis - 02-05-2019
Pasangan EURGBP dilihat telah pun melanggar paras EMA200 diparas 0.86074.Melanggar paras ini dilihat dapat mengesahkan analisa saya untuk meneruskan lagi jangkaan trend bearish.Penurunan hari ini disokong oleh kesemua EMA yang sekarang ini membuat tolakan dari atas ke arah bawah kepada harga semasa.Saya menjangkakan bahawa harga akan terus menuju Zon kawasan sokongan harga yang terletak pada paras 0.85279-0.85116.kegagalan melanggar zon ini akan membawa harga kembali menaik dan cuba membuat ujian kepada rintangan di EMA200 yang terletak pada paras 0.86074.Melanggar paras rintangan EMA200 ini akan membawa harga menguji pula dua EMA terkumpul yang berada diparas 0.86341.Buat masa sekarang stokastik menunjukkan isyarat overbought tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda agresif untuk naik.Sebarang kenaikan buat masa sekarang bersifat sementara sahaja
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.85279 dan rintangan 0.86074
trend : bearish