EURJPY : Bearish menguasai pasaran - 04-10-2019
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini menunjukkan kekuatan matawang japan yen yang kini membuatkan pasangan matawang ini dikuasai oleh momentum bearish yang sangat kuat.Namun begitu masuk sahaja ke sesi dagangan sesi eropah kita dapat melihat bahawa harga bergerak agak sedikit perlahan.Buat masa sekarang ini penurunan disokong oleh kesemua indikator EMA yang menolak harga ke arah bawah.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras sokongan diparas 117.043 ini akan memberikan pengesahan kepada kita untuk menjangkakan penerusan penurunan bearish sehingga ke arah sokongan utama harian iaitu diparas 116.027.Kegagalan melanggar paras sokongan 117.043 ini akan menyebabkan kenaikan akan kembali berlaku dan akan menguji paras rintangan semasa di paras 117.579
Signal hari ini :
PASANGAN : EURJPY
ENTRY : SELL STOP @117.043
SL : 117.579
TP : 116.027