EURJPY berada bergerak dalam corak segitiga - analisis - 11-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURJPYDaily.png

Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini dilihat bergerak tenang pada sesi dagangan sesi asia.Memasuki dagangan sesi eropah pada petang ini kita bakal menyaksikan pergerakan yang mungkin lebih agresif.Buat masa sekarang kita dapat melihat bahawa harga sedang bergerak didalam corak segitiga penurunan harga.Trend untuk hari ini dilihat sangat menyebelahi trend bearish.Indikator MA pula sekarang ini mempertahankan kedudukannya untuk berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Dari semua pemerhatian ini dapat kita rumuskan bahawa pasangan matawang ini akan cuba membuat penurunan untuk analisa hari ini.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melanggar paras trendline yang telah ditandakan dibawah maka harga semasa akan meneruskan penurunan dan akan mencari zon sokongan utama diparas 120.888-120.786.Melanggar zon sokongan harga ini pula akna menyebabkan harga semasa terus membuat penurunan dan mencari paras sokongan utama mingguan yang terletak pada paras sokongan 118.762.Sebaliknya jika harga gagal melanggar trendline bawah,harga akan cuba melanggar pula trendline dari atas dan jika harga semasa berjaya melanggar trendline tersebut maka harga semasa akan cuba mendekati zon rintangan harga semasa yang terletak pada paras 122.899-123-559.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 120.888 dan rintangan 122.899

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.