EURJPY : ditekan oleh rintangan kukuh - 21-08-2019
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini melihatkan kegagalan melanggar paras rintangan kukuh yang berada pada paras 118.197.kegagalan ini disokong pula oleh MA200 yang membentuk rintangan kuat diatas paras harga semasa buat masa sekarang ini.Oleh yang demikian kita melihat bahawa harga akan cuba membuat penurunan dan akan mencari paras sokongan kukuh diparas 117.718-117.677.Zon sokongan ini adalah zon yang paling dekat dengan harga buat masa sekarang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa pengesahan penurunan akan berlaku jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan 118.072 yang diwakili oleh MA100.Kegagalan melanggar paras sokongan di MA100 ini akan menyebabkan harga terus membuat kenaikan semula ke arah atas dan akan menguji kembali rintangan 118.197 dan MA200.
Untuk signal hari ini,saya mencadangkan anda untuk meletakkan sell stop diparas 118.072.Sasaran keuntungan kita terletak pada paras 117.718 dan paras kerugian saya adalah pada paras 118.380
PASANGAN : EURJPY
ENTRY : SELL STOP @118.072
SL : 118.380
TP : 117.718