EURJPY: Harga semasa berjaya melanggar corak segitiga - 06-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, saya melihat pengesahan penurunan telah pun di buat apabila harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras trendline yang juga membentuk corak segitiga. Pelanggaran corak ini menandakan penurunan akan terus berlaku sehingga ke paras terendah atau paras sokongan yang akan cuba disasarkan. Melihat dari sudut trend, trend semasa sekarang ini belum secara keseluruhannya menunjukkan penurunan. Untuk mengesahkan penurunan hari ini, harga semasa perlu lah membuat pelanggaran terhadap satu sokongan kukuh yang di wakili oleh EMA200 di paras 120.521. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan mengesahkan penurunan dan jangkaan awal kita adalah bahawa harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah sokongan utama di jangka masa satu jam iaitu di paras 120.158.
Signal untuk hari ini
Sell stop @120.521
Sl: 120.847
Tp: 120.158