EURJPY masih gagal melanggar sokongan utama - analisis - 23-05-2019
Pasangan EURJPY hari ini masih lagi mencuba untuk menguji kawasan sokongan utama yang terletak disekitar paras 122.566.Paras ini adalah paras terendah pada bulan januari 2019 yang diambil kiraannya dari harga body candle harian.Mengingatkan kepada anda bahawa sasaran utama kita adalah pada paras 118.842.Jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan kukuh yang berada di paras 122.566 ini maka ia akan mengesahkan jangkaan kita untuk mensasarkan kawasan sokongan 118.842 sebagai zon sokongan utama.Sebaliknya jika harga semasa masih lagi gagal melanggar paras sokongan tersebut maka harga akan cuba untuk menguji paras rintangan yang buat masa sekarang berada diparas 124.804 yang diwakili oleh MA50 dan MA100.Melanggar rintangan ini akan mengubah trend menjadi bullish dan jangkaan kita adalah untuk mensasarkan rintangan utama yang sekarang ini berada diparas 126.867.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 122.566 dan rintangan 124.804
trend : bearish