EURJPY masih menuju sokongan utama minggu ini - analisis - 03-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURJPYWeekly.png

Pada minggu ini,Pasangan EURJPY membuka candle harian dalam keadaan bullish.Trend keseluruhan dapat dirumuskan bahawa pasangan ini masih mempunyai dominan trend Bearish.Penurunan harga pada minggu ini dilihat ditekan oleh kesemua MA yang sekarang ini berada diatas dan menolak harga semasa ke arah bawah.Saya masih berpegang kepada analisa kita pada minggu lepas iaitu saya mensasarkan bahawa harga semasa akan cuba mencari harga terendah januari 2019 iaitu disekitar paras 118.762.Pada dagangan sesi asia hari ini,matawang yen dilihat sedikit melemah,oleh itu berkemungkinan pada hari ini akan ada sedikit kenaikan bakal berlaku dengan zon rintangan yang terbentuk adalah pada paras 121.838-122.566.Kenaikan yang berlaku akan memberi petunjuk kepada kita tentang pergerakan seterusnya pada minggu ini.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga berjaya naik menyentuh dan melanggar paras rintangan ini,maka kita dapat menjangkakan bahawa harga semasa akan membatalkan jangkaan saya sebelum ini dan harga akan cuba membuat kenaikan dan mendekati paras rintangan utama minggu ini yang buat masa sekarang berada pada paras 124.256-125.006.Sebaliknya,jika harga semasa menyentuh tetapi gagal melanggar paras rintangan kukuh ini,maka harga semasa akan meneruskan jangkaan mingguan saya dan akan membuat penurunan ke arah sokongan utama kita iaitu pada paras 118.762.Melanggar paras sokongan utama ini akan menyebabkan harga akan meneruskan penurunan dan membuat penutupan GAP yang berlaku pada bulan APRIL 2017 iaitu diparas 115.219

julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 118.762 dan rintangan 122.566

trend : bearish

sokongan 1 : 118.762

sokongan 2 : 115.219

rintangan 1 : 121.838

rintangan 2 : 122.566

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.