EURJPY mencari harga terendah januari - analisis - 31-05-2019
Pasangan EURJPY hari ini dilihat telah pun melanggar zon sokongan kukuh yang terletak pada paras 122.566-121.838 dan sekarang ini dilihat akan menuju ke arah harga terendah januari 2019 iaitu diparas 118.842.Penurunan ini disokong oleh kesemua MA yang sekarang ini berada diatas dan memberi tekanan terhadap harga semasa.Mengingatkan kepada anda bahawa jangkaan penurunan kita akan kekal sah selagi harga semasa tidak membuat retracement dan menguji kembali paras rintangan diparas 121.838-122.566.Penurunan akan berlaku sehingga ke sasaran utama kita diparas 118.842.Melanggar paras sokongan utama ini maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah sokongan utama di jangka masa mingguan pula iaitu disekitar paras 115.219.Sebaliknya jika harga tidak berjaya melanggar sokongan utama di jangka masa harian ini,maka harga semasa akan membuat retracement dan menguji rintangan kukuh yang disebutkan tadi
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 118.842 dan rintangan 121.838
trend : bearish