EURJPY mencari zon sokongan utama - analisis - 18-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURJPYH4.png

Pasangan EURJPY untuk analisa hari ini kita dapat lihat pergerakan lebih menyebelahi bearish selepas harga semasa gagal untuk melakukan pelanggaran pada paras MA100 dan MA50 disekitar paras rintangan harga 122.089.Kegagalan melanggar paras rintangan ini menyebabkan harga semasa telah pun membuat penurunan dan sekarang ini cuba melanggar sokongan kecil yang berada disekitar paras 121.581.Jika dilihat pada trend pula,di jangka masa empat jam,kita dapat melihat bahawa pasangan matawang ini masih lagi mengekalkan dominan penurunan harga dengan penurunan untuk hari ini disokong oleh kesemua MA yang menjadi rintangan kuat dan menolak harga semasa ke arah bawah.Ini menguatkan lagi jangkaan kita bahawa harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah sokongan utama seperti yang telah ditandakan didalam carta.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya pada hari ini melanggar paras sokongan kecil diparas 121.581,maka harga semasa akan terus bergerak untuk mendekati paras sokongan utama di jangka masa empat jam iaitu disekitar zon 120.888-120.786.Melanggar zon sokongan ini akan menyebabkan harga semasa akan terus membuat penurunan dan jika dirujuk di jangka masa harian,kita dapat lihat bahawa sokongan utama seterusnya berada pada paras terendah 3 januari 2019 iaitu diparas 118.762.Sebaliknya jika harga semasa setelah menyentuh paras sokongan kecil diparas 121.581 ini dan gagal melanggarnya,maka dapat kita rumuskan bahawa harga berkemungkinan untuk naik dan mencari paras rintangan kukuh di MA100 iaitu disekitar paras 122.089.Melanggar paras rintangan ini akan membawa harga melawat zon rintangan kritikal di jangka masa harian iaitu disekitar paras 122.899-123.559

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 120.888 dan rintangan 122.899

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.