EURJPY menyentuh kawasan sokongan utama - analisis - 15-05-2019
Pasangan EURJPY dilihat telah pun menyentuh paras sokongan utama yang terletak pada paras 122.566 dan sekarang ini telah membuat pullback ke arah atas.Saya menjangkakan bahawa akan ada kenaikan drastik di jangka masa daily ini oleh kerana sokongan yang disentuh sangat kukuh buat masa sekarang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa harga semasa akan mensasarkan paras rintangan 124.996 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh moving average 50 dan 100.Melanggar paras dua MA ini akan membawa harga melawat ke arah moving average 200 diparas 127.007.Sebaliknya kegagalan melanggar paras 2 ma ini akan menyebabkan harga semasa untuk menurun kembali dan cuba menguji semula kawasan sokongan utama diparas 122.566.Melanggar paras ini akan membuatkan harga meneruskan penurunan dan mencari paras sokongan utama kedua iaitu diparas 118.807
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 122.566 dan rintangan 124.996
trend : bullish