EURJPY: Tersekat diatas paras trendline - 18-12-2019
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa sekarang ini sedang dalam proses membuat penurunan harga namun tersekat di atas paras 121.798 yang mana di wakili oleh trendline yang telah ditandakan seperti di dalam carta di atas. Di lihat dari sudut trend, kita dapat lihat bahawa trend semasa di jangka masa empat jam ini masih lagi berkekuatan Bullish namun, penurunan sementara boleh di cadangkan buat masa sekarang ini. Oleh itu, untuk hari ini saya mencadangkan penurunan harga akan berlaku dan pengesahan penurunan untuk hari ini akan di sahkan apabila harga semasa membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh di paras 121.798. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini menandakan penurunan akan berlaku dan sasaran awal kita adalah ke arah sokongan kukuh harian iaitu di paras 121.411. Paras ini sekarang ini di wakili oleh paras EMA50.
Signal untuk hari ini
Sell stop 121.798
Sl: 122.226
Tp: 121.411