EURJPY terus bergerak menuju zon sokongan utama - analisis - 03-07-2019
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini dilihat sangat agresif menunjukkan pergerakan turunnya semenjak semalam.Jika dilihat pada trend,kita dapat menyaksikan pergerakan trend bearish yang sangat ketara untuk hari ini setelah candle atau harga semasa telah gagal melanggar trendline yang telah ditandakan sebelum ini.Indiaktor MA pula buat masa sekarang ini memberi sokongan terhadap penurunan dengan berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Setelah pemerhatian dibuat berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan,dapat kita rumuskan bahawa harga semasa amat kuat untuk membuat penurunan ke arah bawah dengan mensasarkan zon sokongan 120.888-120.786 sebagai kawasan utama sokongan untuk hari ini
Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa akan terus membuat penurunan buat masa sekarang ke arah zon sokongan utama yang berada pada paras 120.888-120.786.Jika harga semasa gagal melanggar zon ini maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan kembali dan akan cuba menguji rintangan kukuh pertama iaitu pada paras rintangan 121.779.Melanggar rintangan ini pula akan membuatkan harga semasa terus melakukan kenaikan dan mendekati zon terkumpul MA disekitar paras 122.168-122.222.Sebaliknya jika harga semasa berjaya melanggar zon sokongan harga semasa untuk hari ini maka harga akan terus membuat penurunan ke arah sokongan seterusnya yang dapat dilihat pada jangka masa harian iaitu disekitar paras 118.762.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 120.888 dan rintangan 121.779
trend : bearish