EURNZD : Corak double top di daily - 24-09-2019
Pasangan matawang EURNZD untuk analisa hari ini menunjukkan corak "double top" yang ditunjukkan di daily.Saya melihat corak ini memberi petunjuk penurunan harga kepada kita.Dilihat di jangka masa 1 jam,kita dapat lihat bahawa penurunan sedang dan telah pun berlaku sekarang ini.Sekarang ini harga semasa sedang berusaha untuk melanggar paras sokongan kukuh diparas 1.74241.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras ini akan mengesahkan penerusan penurunan yang berlaku dan akan cuba untuk mensasarkan paras sokongan utama harian yang berada diparas sokongan kukuh 1.72860.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan terdekat ini akan menyebabkan kenaikan berlaku dan mensasarkan rintangan terdekat di 1.75021 yang mana buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA50 dan EMA100.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan sell stop diparas 1.74241 dan mensasarkan keuntungan diparas 1.72860 dan kerugian diparas 1.75021
PASANGAN : EURNZD
ENTRY : SELL STOP @1.74241
SL : 1.75021
TP : 1.72860