EURNZD: Masih bergerak perlahan di bawah trendline - 16-12-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURNZDDaily.png

Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa masih lagi bergerak sangat perlahan selepas menutup candle hariannya pada jumaat dalam keadaan bearish dan menyentuh sokongan harian di paras 1.68131. Jika di lihat pada carta, paras sokongan ini masih belum di langgar oleh harga semasa semenjak 6 Disember yang lalu. Sekarang ini, harga semasa membuka candle pada hari isnin dalam keadaan Bullish yang kuat dan dalam proses menyentuh kembali paras trendline yang telah di tandakan pada carta. Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan kembali setelah menyentuh paras trendline ini yang juga membentuk rintangan semasa. Oleh itu, untuk hari ini kita menjangkakan penurunan akan berlaku dan harga semasa akan cuba untuk menguji paras sokongan 1.68131. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan membawa harga semasa terus turun dan mencari paras sokongan utama iaitu di paras 1.65305.

Signal untuk hari ini

Sell stop 1.68131

Sl: 1.70400

Tp: 1.65305

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.