EURNZD: Mencari paras terendah 22 Julai - 26-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, pasangan matawang ini nampaknya masih lagi mengekalkan penurunannya semenjak Oktober lalu. Harga semasa di jangka masa harian hari ini menunjukkan penurunan ketara dan mengekalkan trend semasa mingguan. Indikator EMA masih lagi berada di atas paras harga semasa dan menolak harga semasa ke arah bawah. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba untuk mencari paras terendah 22 Julai yang lalu yang terletak di paras 1.65305. Paras ini adalah paras sokongan utama mingguan yang kukuh buat masa sekarang. Melanggar paras sokongan utama ini boleh membantu harga semasa terus membuat penurunan ke arah paras terendah Mac iaitu di sekitar paras 1.63000.
Signal untuk hari ini
Sell EURNZD 1.66812
Sl: 1.68131
Tp: 1.65305