EURUSD : Bergerak dalam corak segitiga - 12-08-2019
Pasangan matawang EURUSD untuk analisa hari ini tidak menggambarkan pergerakan aktif hari ini kerana tiada pergerakan atau berita-berita yang boleh merangsang pergerakan matawang ini.Dari sudut teknikal saya dapat melihat bahawa pasangan ini sedang bergerak dalam corak segitiga kenaikan harga,Buat masa sekarang trend BULLISH masih lagi memainkan peranan penting dalam pergerakan harga matawang ini.Kenaikan ini pula disokong oleh indikator MA yang sekarang ini berada dibawah dan menolak harga ke arah atas.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga semasa hari ini berjaya melanggar paras rintangan yang berada diparas 1.12122 ini,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan mensasarkan paras rintangan kukuh diparas 1.12438 sebagai kawasan ritnangan sasaran.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar rintangan yang disebutkan dan tidak melanggar trendline yang telah ditandakan maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan sasaran terdekat kita terletak pada paras 1.11789.Melanggar paras ini akan membawa harga ke arah sokongan kukuh mingguan diparas 1.11278
Untuk signal hari ini,Saya akan cuba meletakkan order buy stop diparas 1.12122.Saya akan mensasarkan kawasan keuntungan diparas 1.12438 manakala kawasan kerugian diparas 1.11789
PASANGAN : EURUSD
ENTRY : BUY STOP @1.12122
SL : 1.11789
TP : 1.12438