EURUSD : Bergerak tenang akibat bank USD bercuti
Pasangan matawang EURUSD untuk analisa hari ini agak tenang akibat daripada cuti yang dialami oleh bank di US.Akibat dari cuti ini pergerakan hari ini dilihat bergerak diatas paras yang sangat tenang.Walaupun trend masih lagi mengekalkan momentum bearish untuk pasangan matawang ini,untuk hari ini pergerakan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk turun dan masih bergerak didalam zon rintangan harga.Mengingatkan kepada anda bahawa buat masa sekarang ini saya akan terus memerhatikan zon ini untuk menentukan pergerakan seterusnya untuk matawang ini.Melanggar paras 1.09855 akan memberi tenaga kepada pasangan ini untuk turun ke arah bawah dan saya mensasarkan paras sokongan 1.09627 sebagai kawasan sokongan harian.Sebaliknya jika harga melanggar paras 1.09918 maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan mensasarkan paras rintangan kukuh diparas 1.10120 sebagai kawasan sasaran.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan sell stop diparas 1.09855 dan mensasarkan keuntungan diparas 1.09627 dan kerugian diparas 1.10120
PASANGAN : EURUSD
ENTRY : SELL STOP @1.09855
SL : 1.10120
TP : 1.09627