EURUSD : Cuba menguji paras sokongan 1.10060 - 11-11-2019
Berdasarkan analisis pada hari ini, pembukaan Candle harian menunjukkan bahawa harga semasa dibuka dalam keadaan Bearish yang jelas. Namun begitu, pergerakan hari ini dilihat agak terbatas kerana berlakunya cuti dari bank di AS. Oleh itu, kita dapat lihat pergerakan agak sedikit perlahan kerana berita ini. Tekanan masih lagi diberikan oleh pasaran terhadap harga semasa dan ianya ditunjuk oleh garis EMA yang sekarang ini berada di atas paras harga semasa dan sedang membuat penolakan ke arah bawah. Oleh itu, untuk hari ini saya menjangkakan harga semasa akan menguji paras sokongan di paras 1.10060 terlebih dahulu untuk mengesahkan penerusan penurunan seterusnya. Pelanggaran paras ini akan memberikan tekanan Bearish yang lebih lagi terhadap harga semasa dan kita dapat menjangkakan bahawa penurunan seterusnya dapat dicapai sehingga ke paras sokongan utama harian iaitu di paras 1.08948 iaitu harga terendah 30 September yang lalu. Sebaliknya, kegagalan melanggar paras sokongan terdekat 1.10060 ini akan mengakibatkan kenaikan terhadap harga semasa dan berkemungkinan kenaikan akan berlaku. Jika kenaikan berlaku, saya akan mensasarkan paras rintangan paling kukuh dan terdekat iaitu di paras 1.10707 yang di wakili oleh EMA50 pada masa kini.
Signal hari ini
Sell stop 1.10060
SL : 1.10707
TP : 1.08948