EURUSD : Dijangka membuat penurunan hari ini - 07-10-2019
Pasangan matawang EURUSD hari ini membuka pasaran mingguan dalam keadaaan bullish dan meneruskan pergerakan candle minggu lepas yang juga membuat candle bullish sepanjang minggu.Jadi untuk hari ini saya melihat bahawa harga semasa akan cuba untuk menyentuh paras rintangan kukuh diparas 1.09958 iaitu harga sokongan lama pada 11 september 2019.Menguji paras ini akan memberi petunjuk awal kepada kita tentang pergerakan dan sentimen trend seterusnya bagi pasangan matawang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras ini akan menyebabkan pembatalan serta merta analisa ini dan harga semasa akan cuba membuat kenaikan ke arah atas dan akan menguji rintangan kukuh terdekat yang berada pada apras 1.10189 yang diwakili oleh EMA200 sekarang ini,Sebaliknya kegagalan melanggar paras tersebut akan mengakibatkan penurunan berlaku dan sasaran utama kita hari ini adalah pada paras sokongan kukuh harian yang berada diparas 1.08884
SIGNAL HARI INI :-
PASANGAN : EURUSD
ENTRY : SELL LIMIT @ 1.09958
SL : 1.10189
TP : 1.08884