EURUSD: Gap di atas paras EMA200 - 06-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, candle harian bagi pasangan matawang EUR/USD nampaknya telah membuat gap ke arah atas dan mengekalkan kedudukan trend menaik di atas paras EMA200 yang membentuk sokongan mingguan pada hari ini. Kegagalan membuat pelanggaran EMA200 di paras 1.11584 ini menandakan kegagalan harga semasa untuk melakukan penurunan ke arah sokongan kukuh mingguan yang terletak di paras 1.10990 yang sekarang ini di wakili oleh 2 EMA iaitu EMA100 dan EMA50. Oleh itu, kami mencadangkan kepada anda untuk terus melihat trend kenaikan pada pasanngan matawang ini untuk hari ini. Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa terus membuat kenaikan dan menguji kembali paras tertinggi pada minggu lepas, iaitu di sekitar paras rintangan 1.12126. Membuat pelanggaran terhadap rintangan utama ini akan membuatkan harga akan melanjutkan kenaikan ke arah rintangan kukuh seterusnya di paras 1.12788.
Signal untuk hari ini
Buy 1.11716
Sl: 1.11584
Tp: 1.1226