EURUSD : Harga semasa mencari MA200 - 03-12-2019
Pada hari ini, harga semasa di lihat sedang cuba untuk membuat pelanggaran terhadap paras rintangan terdekat yang sekarang ini di wakili oleh EMA100 iaitu di paras 1.10865. Dilihat pada trend, saya masih menjangkakan trend menurun masih lagi menguasai pasaran buat masa sekarang, namun tidak di nafikan kemungkinan akan ada kenaikan sementara terlebih dahulu sebelum harga semasa membuat penurunan seterusnya selepas ini. Berdasarkan trend semasa yang ditunjukkan pada semalam, saya melihat ada kemungkinan harga semasa akan cuba mencapai paras rintangan di paras 1.11688 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200. Paras rintangan ini adalah antara paras rintangan kuat buat masa sekarang. Oleh itu, saya menjangkakan pelanggaran akan berlaku pada paras rintangan EMA100 iaitu di paras 1.10865 sebelum harga semasa membuat kenaikan dan mencapai harga rintangan di EMA200.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.10865
Sl : 1.09951
Tp : 1.11688