EURUSD : Kelemahan US dollar menyumbang kepada kenaikan EURUSD - 26-11-2019
Pada hari ini, pasangan matawang EURUSD bergerak agak sedikit tenang di atas paras sokongan kukuh di paras 1.09957. Menjelang penghujung sesi asia ini, kita dapat melihat bahawa harga semasa sekarang ini menunjukkan kenaikan namun masih lagi tidak melepasi garis trendline yang telah di tandakan. Kelemahan Us dollar yang di jangkakan untuk hari ini boleh menjadi penyumbang kepada kenaikan pasangan matawang ini untuk hari ini. Walaupun tekanan semasa masih lagi ke arah trend bearish, saya melihat bahawa akan ada kenaikan sementara untuk matawang ini dan jangkaan kenaikan kita adalah pada paras rintangan kukuh di paras 1.10513. Paras ini sekarang ini di kawal ketat oleh kesemua indikator EMA. Melanggar paras rintangan ini akan menyebabkan perubahan trend akan berlaku dan kita akan mensasarkan paras rintangan kukuh seterusnya yang berada di paras 1.10866
Signal untuk hari ini
Buy EURUSD
Sl : 1.09957
Tp : 1.10513