EURUSD: Mensasarkan paras sokongan 1.10840 - 20-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, harga semasa pada semalam membuat terjunan yang jelas selepas berita tentang dasar kewangan GBP di keluarkan semalam. Kelemahan matawang EURO mendorong penurunan yang berlaku terhadap pasangan matawang ini. Untuk hari ini saya menjangkakan akan ada penerusan trend bearish, kerana jika di lihat pada carta sekarang ini, harga semasa telah pun berjaya membuka candle H4 di bawah EMA50 yang mana memberi signal pertama penurunan harga. Oleh itu jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan dan mensasarkan paras EMA200 yang sekarang ini mewakili paras sokongan kukuh di H4. Paras sokongan tersebut terletak di paras 1.10840.
Signal untuk hari ini
Sell EURUSD 1.11163
Sl: 1.11408
Tp: 1.10840