Fed Terus Menolak USD ke Paras Tertinggi 2000-an

Baca artikel ini di laman web FBS

Data inflasi baru-baru ini tidak menunjukkan penambahbaikan walaupun Fed semakin agresif dengan pengetatan dasar dan kenaikan kadar utama.

Pada hari Rabu, 21 September, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengumumkan bahawa Fed akan "meneruskan" pertempuran mereka untuk membanteras inflasi. Bank pusat AS itu telah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut dan memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan terus meningkat tahun ini.

Fed meramalkan kadar dasarnya akan meningkat lebih cepat dan lebih tinggi daripada yang dijangkakan, walaupun ekonomi memperlahan dan pengangguran meningkat ke tahap yang secara historikalnya dikaitkan dengan kemelesetan.

Kadar dana persekutuan mungkin akan dinaikkan sebanyak 125 mata asas semasa dua mesyuarat dasar Fed yang berbaki pada tahun 2022, yang menyiratkan satu lagi kenaikan 75 mata asas dalam masa terdekat.

1.png

Pada sidang akhbar itu, Powell mengumumkan senarai masalah ekonomi, antaranya tentang peningkatan kadar pengangguran dan masalah pasaran perumahan. Terdahulu pada hari Rabu, Persatuan Kebangsaan Pemaju Hartanah melaporkan bahawa jualan rumah sedia ada AS telah merosot untuk bulan yang ketujuh berturut-turut pada bulan Ogos. Selain itu, harga rumah pada bulan Ogos turun kira-kira 6% dari kemuncaknya pada bulan Jun, penurunan harga 2 bulan yang terbesar dalam hampir sedekad, satu petanda yang baik kerana sumber kenaikan inflasi pengguna yang berterusan ini memang memerlukan "pembetulan."

Kesimpulannya, jawatankuasa itu mengesahkan komitmennya untuk mengembalikan inflasi kepada kadar sasaran 2%.

Adakah kemelesetan akan tiba?

Ekonomi masih stabil, pertumbuhan pekerjaan kekal kukuh, dan perbelanjaan pengguna dan perniagaan telah meningkat walaupun inflasi tinggi dan kadar faedah meningkat.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda amaran juga telah muncul. Pertambahan penggajian pekerja semakin memperlahan, simpanan semakin menyusut, kenaikan harga kekal tinggi, dan keuntungan korporat, yang sebelum ini kekal kukuh, sedang merosot, dan ia lebih terserlah dengan amaran FedEx yang suram minggu lalu yang menyumbang kepada penjualan besar-besaran di pasaran saham.

Ahli ekonomi percaya ekonomi akan dirundung zaman susah kerana kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan yang agresif yang direka untuk menjinakkan inflasi, berkemungkinan tinggi akan memberikan impak negatif yang lebih besar ke atas pertumbuhan pada bulan-bulan yang akan datang.

Penurunan keuntungan korporat akan menjejaskan pasaran buruh

Pada tahun 2022, syarikat-syarikat swasta telah mengekalkan keuntungan yang besar walaupun mereka terpaksa membayar lebih untuk bahan mentah dan upah yang lebih tinggi untuk menangani kekurangan pekerja. Walau bagaimanapun, itu akan berubah apabila pengguna menyesuaikan perbelanjaan mereka. Menurut ahli ekonomi AS, pendapatan syarikat S&P 500 berkembang 3.5% pada suku ketiga, kadar yang paling perlahan sejak 2020. Kesannya, syarikat akan mengurangkan pengambilan pekerja dan perbelanjaan modal.

2.png

Pada bulan Ogos, majikan telah menambah 315,000 pekerjaan, angka yang kukuh tetapi lebih rendah daripada purata 455,000 dalam tujuh bulan pertama tahun ini. Penciptaan peluang pekerjaan yang lebih rendah bermakna pendapatan dan perbelanjaan juga semakin berkurangan.

Selain itu, purata waktu kerja lebih masa mingguan untuk pekerja kilang telah turun 11% sejak Februari ke paras yang terendah sejak 2020. Ini membimbangkan kerana penurunan jumlah jam kerja lebih masa yang direkodkan oleh pekerja sedia ada boleh mencetuskan pengambilan pekerja baharu di masa depan.

Pakar meramalkan penggajian pekerja baru akan memperlahan, yang membawa kepada angka bersih kira-kira 500 000 kehilangan pekerjaan pada musim bunga 2023 kerana kadar pengangguran meningkat daripada 3.7% pada waktu semasa kepada 4.8%.

Bagaimana kesannya kepada pasaran?

Dollar Amerika

Nilai dolar AS, berbanding matawang utama lain, telah mencapai paras tertinggi sejak awal 2000-an. Walaupun kebimbangan kemelesetan semakin meningkat dan ekonomi menunjukkan tanda-tanda memperlahan, dolar terus mara ke atas.

3.png

Secara umumnya, ia berlaku kerana pelabur meletakkan keutamaan yang tinggi ke atas ketersediaan aliran tunai dan kecairan untuk perniagaan, isi rumah, atau kemantapan kewangan portfolio. Memastikan wang tunai sentiasa tersedia, terutamanya di waktu krisis, menjadikan mana-mana dompet lebih fleksibel. Selain itu, bagi pelabur, tunai yang bebas adalah salah satu kelebihan utama memiliki aset-aset yang cair apabila ekonomi bertukar menjadi suram dan aset-aset berisiko merudum nilainya. Justeru, oleh kerana kemelesetan akan menekan pasaran saham dan kripto, menyebabkan penjualan besar-besaran, semakin ramai pelabur akan beralih kepada wang tunai, menolak dolar AS lebih tinggi berbanding matawang lain.

Selain itu, AS dilihat sebagai ekonomi yang utama di mata seluruh dunia. Akibatnya, kemelesetan akan menyakiti semua ekonomi lain yang sangat bergantung kepadanya. Dalam keadaan ini, pelabur akan meninggalkan matawang yang lemah, memihak kepada greenback untuk melindungi modal mereka.

Indeks dolar AS berpeluang tinggi untuk mencapai paras tertinggi 2000-an iaitu 120.00.

Emas

Emas tidak menyelamatkan pelabur daripada inflasi kerana logam itu sensitif kepada kadar faedah sebenar jangka panjang yang dijangkakan. Oleh kerana logam adalah aset jangka panjang yang tahan lama, harganya mempunyai hubungan songsang yang kuat dengan kadar faedah sebenar jangka panjang. Kenaikan kadar utama yang selanjutnya akan mendorong penurunan harga emas. Oleh itu, wang pintar (smart money) lebih menggemari bon kerajaan jangka pendek berbanding emas, kerana hasil bon melonjak ke paras tertinggi 15 tahun, memberikan peluang untuk menampung sebahagian dari kerugian akibat inflasi.

XAUUSD, carta mingguan

4.png

Pembeli cuba untuk mempertahankan aras 1655.00, tetapi ia kelihatan seperti hanya menunggu masa sebelum rebah. Selepas aras ini ditembusi, kami menjangkakan impuls yang besar ke arah aras sokongan psikologi 1600.00.

Langgan Saluran Telegram FBS Analytics, di mana saya ada menyiarkan lebih banyak idea perdagangan harian!

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.