GBP/CAD gagal membuat kenaikan sekitar 1.75814 - 31-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CAD pada hari ini dilihat kembali membuat penurunan sekitar 99Pips selepas harga semasa gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian yang berada disekitar 1.75814. Jika dilihat di jangka masa H4, kita dapat lihat dengan jelas bahawa kegagalan pelanggaran ini telah merubah trend harian pasangan matawang ini. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan ke arah bawah dan mensasarkan pusat pengumpulan EMA yang berada disekitar paras 1.71697. Namun begitu, harga semasa terlebih dahulu perlu melakukan pelanggaran terhadap para sokongan terdekat yang berada diparas 1.74097. Membuat pelanggaran tersebut akan mengesahkan analisa kita pada hari ini.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.74097
Sl: 1.75814
Tp: 1.71697