GBP/CHF masih bergerak tenang dalam zon semalam - 08-04-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPCHFH4.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang ini menunjukkan pergerakan tenang semenjak isnin. Jika anda perhatikan pada carta diatas, anda dapat lihat harga cuma bergerak disekitar paras rintangan 1.21158 dan paras sokongan 1.18682. Ini menyebabkan kita meletakkan kebarangkalian bahawa harga semasa masih dalam keadaan Sideway/mendatar. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini buat sementara waktu tanpa sebarang kemasukan entry. Jika harga semasa membuat penurunan ke arah bawah iaitu di paras sokongan 1.18682, maka harga semasa akan membuat percubaan menurun dan akan cuba mensasarkan paras sokongan utama yang berada diparas 1.13332. Sebaliknya, jika harga semasa membuat pelanggaran ke arah atas iaitu diparas rintangan 1.21158, maka harga semasa akan membuat kenaikan dan mensasarkan rintangan kukuh terdekat yang berada diparas 1.23191.

Signal untuk hari ini 

Sell stop 1.18682

Sl: 1.21158

Tp: 1.13332

Trend semasa yang dicadangkan : Neutral/Sideway

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.