GBP/JPY dijangka menyambung kenaikan mingguan - 06-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/JPY pada hari ini dilihat sedang melakukan cubaan untuk membuat kenaikan ke arah atas. Jika diperhatikan pergerakan akhir pada minggu lepas, kita dapat lihat pergerakan mendatar/sideway berlaku menyebabkan ketidaktentuan kepada pasaran. Oleh itu, penentuan trend akan ditentukan pada hari ini. Untuk mengesahkan kenaikan yang dicadangkan pada analisa minggu ini, harga semasa perlulah membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh yang mewakili paras harga 134.685. Paras ini sekarang ini diwakili oleh EMA200. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan kenaikan akan terus berlaku. Sasaran utama kita adalah sehingga ke paras rintangan kukuh harian 136.791.
Signal untuk hari ini
Buy stop 134.685
Sl: 132.322
Tp: 136.791