GBP/USD masih dalam lingkungan mendatar - 07-04-2020
Berdasarkan pemerhatian hari ini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/USD pada hari ini menunjukkan pergerakan pasif yang merujuk kepada pergerakan mendatar/Sideways. Semenjak pembukaan Candle mingguan semalam, harga semasa cuma bergerak di dalam lingkungan rintangan 1.24587 dan sokongan 1.21656. Jika dilihat pada carta, harga semasa secara umumnya sedang bergerak didalam corak "Triangle" yang membawa maksud pergerakan yang tidak menentu. Walaupun keadaan Boris Johnson semaking teruk dan dimasukkan ke ICU, matawang GBP tidak menunjukkan tanda-tanda kelemahannya setakat hari ini. Oleh itu, kami akan terus memerhatikan pasangan matawang ini sebelum membuat sebarang Entry. Membuat pelanggaran terhadap sokongan 1.20980 akan memberi tanda penurunan boleh berlaku, dan sasaran awal kita berada disekitar paras 1.14664. Sebaliknya, jika harga semasa membuat kenaikan dan membuat pelanggaran terhadap paras irntangan kukuh diparas 1.24587, maka harga semasa akan membuat kenaikan dengan sasaran awalnya berada disekitar paras 1.27319.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.24587
Sl: 1.20980
Tp: 1.27319
Sell stop 1.20980
Sl: 1.24587
Tp: 1.14664