GBP/USD membuat kenaikan ditengah keadaan bank bercuti - 13-04-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, pembukaan candle harian pada pasangan matawang GBP/USD hari ini menunjukkan kekuatan Bullish masih lagi dikekalkan semenjak awal dagangan pada pembukaan sesi asia hari ini. Harga semasa pada minggu lepas telah berjaya mengatasi kesemua indikator EMA yang membentuk rintangan kukuh harian. Pada hari ini, kita menjangkakan bahawa harga semasa akan menyambung kenaikan dan mengekalkan momentum ini sehingga ke akhir minggu ini. Oleh itu, kami akan terus mensasarkan kenaikan dengan sasaran umum kami berada pada paras rintangan utama yang berada di paras 1.31455. Paras ini adalah antara paras tertinggi pada 5 Mac yang lalu.
Signal untuk hari ini
Buy GBP/USD @1.25320
Sl: 1.22176
Tp: 1.31455