GBP/USD membuat percubaan kenaikan gelombang kedua - 24-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/USD menunjukkan gelombang kedua kenaikan boleh berlaku. Ini adalah selepas harga semasa gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh 1.14351. Gelombang pertama bahkan tidak menyentuh langsung zon sokongan tersebut sebelum membuat kenaikan. Oleh itu, saya menjangkakan pada hari ini bahawa harga semasa akan meneruskan gelombang kedua kenaikan. Sebelum mengesahkan kenaikan ini, harga semasa perlu membuat pelanggaran terhadap paras rintangan 1.17278 terlebih dahulu. Paras ini sekarang di wakili oleh MA100. Membuat pelanggaran terhadap paras ini akan menyebabkan kenaikan boleh berlaku dan sasaran utama kita terletak disekitar paras rintangan 1.19791 yang sekarang ini di wakili oleh MA200.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.17278
Sl: 1.15421
Tp: 1.19791