GBPJPY bergerak tenang - analisis - 11-06-2019
Pasangan GBPJPY bergerak dalam keadaan sideway semenjak 31 mei yang lalu sehingga ke hari ini.Saya tidak dapat melihat apa-apa pergerakan agresif lagi untuk pasangan ini buat masa ini.Sepanjang minggu ini saya dapat katakan bahawa harga bergerak tenang diatas garis trendline yang telah saya tandakan ini dengan pergerakannya menunjukkan percubaan kenaikan.Buat masa sekarang kenaikan pasangan ini dihalang oleh MA50 yang membentuk suatu rintangan disekitar kawasan 137.737.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras rintangan ini akan memberi sedikit tenaga kepada pasangan ini untuk melakukan kenaikan dan akan cuba mendekati paras rintangan kukuh seterusnya yang diwakili oleh MA100 disekitar paras 138.625.Sebaliknya jika harga gagal melanggar MA50 ini maka harga akan cuba melanggar paras trendline disekitar 137.164 untuk mengesahkan penurunann harga.Melanggar paras trendline ini akan membawa harga terus melawat paras sokongan kukuh yang berada diparas 135.919
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 135.919 dan rintangan 140.294
SOKONGAN 1 : 136.668
SOKONGAN 2 : 135.919
RINTANGAN 1 : 137.737
RINTANGAN 2 : 138.625