GBPJPY masih terdiam di sokongan kukuh - analisis - 26-06-2019
Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa hari ini dilihat masih lagi bergerak tenang diatas paras sokongan kukuh diparas 135.919.Berdasarkan analisa yang lepas kita masih lagi boleh melihat bahawa pergerakan semenjak semalam dan hari ini masih lagi tidak terlalu berganjak jauh.Trend untuk hari ini dilihat masih lagi berkekuatan untuk meneruskan trend bearish atau trend penurunan harga.dilihat pada indikator stochcastik pula masih berada ditengah-tengah iaitu di zon 50 menunjukkan bahawa pergerakan masih lagi tidak ditentukan oleh trend harga sekarang ini.Indikator MA pula masih mengekalkan kedudukan kukuhnya semenjak minggu lepas iaitu masih berada diatas paras harga semasa dan menunjukkan bahawa akan ada penurunan harga semasa lagi pada minggu ini.
Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan kukuh diparas 135.919 ini,maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan sasaran utama kita pada bulan ini adalah pada paras sokongan 132.225.Paras ini untuk makluman anda adalah paras terendah pada 3 januari 2019.Sebaliknya jika gagal melanggar paras sokongan utama ini,kita akan melihat percubaan kenaikan akan berlaku dan saya meletakkan rintangan kecil diparas 137.042 sebagai kawasan pengesahan kenaikan harga untuk hari ini.Melanggar paras rintangan kecil ini akan memberikan gambaran bahawa harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan sasaran kita adalah pada paras rintangan kukuh di 139.487 yang mana paras ini buat masa sekarang diwakili oleh MA50.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 132.225 dan rintangan 139.487
trend : sideway