GBPJPY mencari sokongan utama - analisis - 18-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYDaily.png

Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa hari ini menunjukkan pergerakan positif untuk meneruskan penurunan drastik ke arah sokongan utama yang telah disasarkan selama hampir 2 bulan.Trend pada hari ini semestinya akan menyebelahi trend bearish.selepas berlakunya pelanggaran pada tahap sokongan kukuh diparas 135.919 ini lebih meyakinkan kita untuk mengesahkan bahawa pasangan matawang ini akan terus melakukan penurunan ke arah bawah.Indikator MA pula menunjukkan sokongan dengan masih mengekalkan kedudukan diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Indikator stoch pula sedang berada dibawah dan sedang melengkapkan sentuhan di paras 0.

Mengingatkan kepada anda bahawa,sasaran kita adalah untuk harga menyentuh paras sokongan utama yang terletak diparas 132.225.Paras ini adalah paras terendah pada bulan januari 2019.Melanggar paras ini akan membawa kita melawat ke jangka masa mingguan dan melihat bahawa sokongan seterusnya terletak pada paras 128.953.Sebaliknya jika selepas harga menyentuh paras sokongan utama ini dan gagal melanggarnya,maka harga semasa akan melakukan kenaikan dan akan mencari rintangan kukuh terdekat iaitu diparas 135.919.Melanggar paras rintangan ini pula akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan dan mendekati zon seterusnya diparas 137.042-138.139

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 132.225 dan rintangan 135.919

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.