GBPJPY mula membentuk momentum bearish - analisis - 04-07-2019
Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa hari ini masih lagi terlihat tenang selepas membuka candle harian dibawah paras sokongan 135.919 setelah hampir 2 minggu bergerak diatas paras ini.dilihat pada trend pula,kita dapat menjangkakan bahawa harga semasa telah menemui momentumnya semula selepas melanggar sokongan 135.919 yang sekarang ini telah pun menjadi rintangan.Indikator MA pula menunjukkan bahawa masih ada tekanan bearish pada pasangan matawang ini.Manakala stochcastik pula sekarang ini dalam proses memasuki zon overbought.Dari semua pemerhatian ini dapat ktia rumuskan bahawa harga semasa akan cuba melakukan penerusan trend menurun ke arah sokongan utama diparas 132.225.
Mengingatkan kepada anda bahawa harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah sokongan utama diparas 132.225 jika harga semasa masih bergerak dibawah garis rintangan diparas 135.919.Melanggar paras sokongan utama ini akan menyebabkan harga terus meneruskan penurunan ke arah sokongan di jangka masa mingguan iaitu diparas 128.953.Sebaliknya jika harga semasa gagal untuk meneruskan penurunan harga akan cuba membuat kenaikan kembali dan menguji rintangan 135.919.Melanggar paras ini akan membawa harga melawat paras rintanga seterusnya yang buat masa sekarang ini terletak pada beberapa paras contohnya paras 139.277 yang buat masa sekarang diwakili oleh MA50,paras 141.181 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100 dan akhir sekali zon paras rintangan kukuh diparas 143.745-144.701
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 132.225 dan rintangan 141.181
trend : bearish