GBPJPY telah menyentuh sokongan kukuh - analisis -19-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYDaily.png

Pasangan GBPJPY untuk analisa hari ini dapat kita lihat bahawa harga telah pun menyentuh paras sokongan kukuh pertama yang terletak pada paras 135.919.Dilihat pada trend,trend masih lagi mengekalkan momentum trend bearish semenjak harga semasa melengkapkan analisa kita sebelum ini untuk menyentuh paras rintangan diparas 141.317.Stochcastik pula buat masa sekarang dilihat telah pun berada didalam zon overbought dan akan membuat percubaan kenaikan untuk hari ini.Penurunan hari ini pula dapat kita jangkakan bahawa ianya disokong oleh kesemua paras MA yang berada diatas dan menolak harga ke arah bawah.Jadi dengan semua pengesahan yang dapat kita lihat ini,boleh dikatakan untuk hari ini berkemungkinan harga akan cuba membuat sedikit kenaikan sebelum membuat keputusan untuk turun ke arah bawah.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa pada hari ini berjaya melanggar paras sokongan kukuh pada paras 135.919 ini,maka harga semasa akan mengesahkan penurunan dan akan terus mencari atau melawat paras sokongan utama iaitu diparas 132.225.Untuk makluman anda,paras sokongan utama ini adalah paras harga terendah pada bulan januari 2019.Sebaliknya jika harga semasa gagal membuat pelanggaran pada paras sokongan yang dinyatakan,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan cuba mencari rintangan kukuh terdekat diparas rintangan 140.227 yang buat masa sekarang ini paras ini diwakili oleh MA50.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 132.225 dan rintangan 140.227

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.