GBPNZD dalam tempoh bertenang - analisis - 30-05-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPNZDH4.png

Pasangan GBPNZD hari ini dilihat kembali tenang dan bergerak perlahan selepas melakukan terjunan demi terjunan sehingga menyentuh paras sokongan kukuh diparas 1.93175.Buat masa sekarang saya melihat bahawa tekanan yang diberikan dari atas oleh MA50 boleh membuatkan harga kembali membuat penurunan tetapi saya akan terus memerhatikan pasangan matawang ini buat masa sekarang.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga semasa cuba memasuki kembali zon sokongan 1.93589-1.93175 dan melakukan pelanggaran terhadap dua paras harga ini maka harga akan meneruskan trend penurunan harga ke arah sokongan kukuh di jangka masa harian iaitu paras 1.92806 yang mana paras ini sekarang diwakili oleh MA100 dan MA200 di jangka masa harian.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar zon sokongan harga ini harga akan cuba menguji kembali paras rintangan terdekat iaitu paras harga 1.94304 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50.Melanggar paras ini akan membawa harga mencari zon rintangan kukuh yang terletak pada paras 1.95738-1.96186.Stochcastik masih menunjukkan kekuatan untuk menurun ke arah oversold

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.93175 dan rintangan 1.94304

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.