GBPNZD mencari MA200 - analisis - 12-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPNZDH4.png

Pasangan GBPNZD hari ini menunjukkan pergerakan agresif ke arah membuat kenaikan.Buat masa sekarang ini,kita dapat melihat bahawa kenaikan harga semasa ini disokong oleh MA50 dan MA100 yang buat masa sekarang ini berada dibawah harga semasa dan membuat satu penolakan harga ke arah atas.Jangkaan saya adalah untuk harga melawat dan mendekati paras rintangan kukuh diparas 1.94810 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA200 dari atas.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras rintangan kukuh ini akan mengubah keadaan trend semasa menjadi bullish dan sasaran utama selepas itu adalah zon rintangan kukuh yang berada disekitar paras harga 1.97170-1.98138.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras rintangan di MA200 ini maka harga akan membuat pull-back atau penurunan dan harga semasa akan cuba mencari sokongan kukuh terdekat iaitu disekitar paras 1.93175 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.Manakal melanggar MA100 ini akan menyebabkan harga mencari harga terendah 7 jun iaitu diparas 1.90886

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.90886 dan rintangan 1.94810

trend : bullish

SOKONGAN 1 : 1.93175

SOKONGAN 2 : 1.90886

RINTANGAN 1 : 1.94810

RINTANGAN 2 : 1.97170

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.