Penyongsangan Global Pada USDJPY

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang telah terjadi?

Zaman-berzaman, para pelabur menganggap yen Jepun sebagai aset selamat di waktu dunia dilanda krisis. Bagaimana pun, setelah tiga minggu berlalu sejak Rusia mula menceroboh Ukraine, JPY menjunam ke paras terendah lima tahun berbanding dolar AS.

Mengapa yen meleset?

Kadar faedah yang diturunkan dan harga komoditi yang tinggi adalah karakterisitik utama yang biasanya mendorong yen naik berbanding matawang lain di waktu pasaran global berkecamuk.  Status yen sebagai aset perlindungan disebabkan oleh lebihan akaun semasa negara Jepun.

Malangnya bagi yen, faktor-faktor ini turut berfungsi dengan cara yang sebaliknya. Kini, kadar faedah global sedang meningkat, harga tenaga dan komoditi sedang meroket, dan lebihan akaun semasa Jepun semakin berkurangan.

Minyak mentah, yang didagangkan sekitar $115, memenuhi hampir semua keperluan utama Jepun terhadap tenaga. Jepun juga salah satu pengimport gas asli cecair yang terbesar di dunia, yang membentuk kira-kira suku dari imbangan tenaganya. Faktor-faktor ini menunjukkan kemerosotan ketara terma perdagangan negara tersebut, dan lebihan akaun semasa Jepun yang membantu yen selama berdekad-dekad tidak lama lagi akan memasuki zon defisit.

Jika kita pertimbangkan kemungkinan Rizab Persekutuan menaikkan kadar utama sebanyak 50 mata asas pada bulan Mei, dan 25 mata lagi di setiap satu dari 5 mesyuarat seterusnya pada tahun 2022, maka kita boleh rumuskan bahawa USDJPY masih mempunyai ruang untuk naik lebih tinggi. Tambahan lagi, harga tenaga mungkin akan kekal tinggi untuk suatu masa yang lama, menekan yen dengan lebih kuat.

Analisis teknikal

USDJPY, carta bulanan

USDJPYMonthly.png

Carta bulanan ini mengesahkan pendapat kami. Seperti yang boleh dilihat, harga telah membentuk baji bullish (bullish wedge) global. Tambahan lagi, penembusan sudah pun terjadi. Itulah sebabnya mengapa USDJPY tidak diragui lagi pasti akan bullish untuk jangka masa panjang.

USDJPY, carta mingguan

usdjpy.jpeg

Melihat pada rangka masa yang lebih rendah, kami boleh katakan bahawa USDJPY mungkin akan menyongsang pada aras 124 dan kembali ke 115 untuk menguji ulang baji global.

Justeru, ada tiga pilihan untuk berurusniaga:

  1. Ikuti trend dan beli dengan sasaran terletak di 124.
  2. Jual pasangan ini di 124.
  3. Buka urusniaga beli ketika baji diuji ulang.

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.