Ini Masa Untuk Emas Meroket

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental : Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi.

Komoditi berharga itu pula mulanya susut rendah ekoran bacaan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan, namun kembali melonjak setelah mendengar kenyataan Powell.

Meneliti komen terbaru dari ketua bank pusat AS, beliau berkata bank pusat itu berada pada kedudukan yang sesuai untuk mengurangkan saiz kenaikan kadar secepatnya bulan Disember.

Namun, beliau juga memeberi amaran bahawa usaha memerangi inflasi masih belum tamat dan tiada petunjuk mengenai berapa kadar perlu dinaikkan dan berapa lama pengetatan akan berjalan. 

Pelabur kini meningkatkan jangkaan untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas dalam kadar faedah Fed pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung 13 - 14 Disember.

Tumpuan seterusnya beralih kepada data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) pada malam ini dan laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

XAUUSDDaily.png

XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1787.90 - 1794.20 Dan di jangka akan membuat penurunan secara berperingkat mencari Support terdekat 1768.40, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji paras Support seterusnya 1755.90.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.