MA200 menyekat kenaikan CAD/CHF - 20-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CAD/CHF di lihat mengekalkan trend kenaikannya yang berlaku semenjak semalam. Namun jika anda lihat candle pada hari ini, harga semasa tersekat di sekitar paras rintangan 0.68147 yang sekarang ini diwakili oleh indikator MA200. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa untuk membuat penurunan ke arah bawah dan mencari sokongan terdekat. Namun begitu, harga semasa perlu terlebih dahulu membuat pelanggaran terhadap paras sokongan terdekat iaitu 0.67902. Membuat pelanggaran ini akan menyebabkan penurunan ke arah bawah dan sasaran utama kita adalah di paras 0.67097.
Signal untuk hari ini
Sell stop 0.67902
Sl: 0.68147
Tp: 0.67097