MXN, TRY, RUB: potensi yang jarang diterokai
Intro
Matawang negara-negara membangun seperti RUB, TRY, dan MXN secara definisi adalah tidak stabil. Itulah sebabnya mengapa ia turun naik lebih dari matawang-matawang utama, menawarkan peluang meraih keuntungan yang lebih besar. Dalam masa yang sama, ia biasanya lebih lemah berbanding USD. Jadi, untuk jangka masa panjang, anda akan lebih sering melihat graf USD/RUB, USD/TRY, dan USD/MXN meningkat. Justeru dengan matawang eksotik anda mempunyai trend jangka masa panjang yang hampir terjamin dan mudah diramalkan dengan peluang keuntungan yang lebih luas – apa ada yang lebih menarik dari ini untuk seorang pedagang?
USD/RUB
Tidak banyak pasangan matawang yang menawarkan persekitaran yang subur untuk analisis teknikal berbanding USD/RUB. Carta yang meriah dengan titik-titik tinggi dan rendah yang jauh dari satu sama lain memberikan ruang yang banyak untuk penggunaan indikator dan mengecam trend. Untuk jangka masa panjang, USD akan menang melawan RUB tetapi pertempuran yang sengit mendorong ia beranjak dari 50 ke 80, dan kembali undur semula, berulang-ulang selama bertahun-tahun. Untuk jangka masa sederhana, penurunan selanjutnya tidak boleh dielakkan lagi kerana USD masih cuba pulih dari serangan mengejut RUB pada bulan Mac. Selagi garis dasar downtrend ini masih belum disentuh, sebarang kenaikan jangka pendek seperti yang dicadangkan oleh divergence bullish berkebarangkalian besar akan lenyap ditelan gerakan bearish yang lebih besar.
USD/TRY
Ini bukan kali pertama USD/TRY terjun melepasi MA-50 hanya untuk naik kembali, dan ia pasti sekali bukan kali yang terakhir. Pihak berkuasa kewangan Turki sedang mencuba sebaik mungkin untuk menstabilkan Lira dan memangkin pertumbuhan ekonomi – dan inilah yang mendorong pengukuhan di atas aras sokongan 6.67. Itu bagaimana pun tidak akan mengubah fundamental, jadi USD/TRY akhirnya akan kembali menaik semula. Apakah ada yang lebih menyenangkan perasaan pedagang dari pembetulan ke bawah yang kerap berulang-ulang di dalam suatu uptrend besar yang stabil dan terjamin?
USD/MXN
Pergerakan sebesar ini biasanya tidak berlaku pada matawang negara maju – dan ini berlaku bukan hanya disebabkan oleh wabak koronavirus. Dalam satu bulan, USD/MXN naik dari 18.50 kepada 25.35, mencatat kenaikan sebanyak 27%. Pada masa ini, ia sedang melakukan pengunduran jangka sederhana, menguji sokongan MA-100 di 21.50. Kita berkemungkinan akan melihat ia jatuh di bawah MA-50 namun fundamental tetap tidak berubah – Peso tidak mempunyai kekuatan di waktu ini. Walaupun ia menunjukkan daya juang, ia akan terpaksa memberi laluan kepada USD kerana ekonomi Mexico tidak mampu bersaing dengan jirannya di sebelah utara.
Kesimpulan
Pasangan matawang eksotik biarpun kurang dikenali ia sebenarnya lebih menarik untuk didagangkan. Mereka menawarkan lebih banyak ruang untuk analisis teknikal dan lebih mudah diramalkan dari segi fundamental. Dalam perkataan lain, trend yang jelas, pergerakan yang besar, peluang keuntungan yang lebih luas, inilah apa yang ditawarkan oleh pasangan-pasangan eksotik.