NZDJPY bergerak diatas sokongan kukuh - analisis - 04-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDJPYH4.png

Pasangan NZDJPY untuk analisa hari ini melihatkan pelanggaran candle H4 semalam diatas rintangan yang sekarang ini membentuk sokongan kepada harga semasa dan buat masa sekarang ini candle harian sedang bergerak tenang semenjak dagangan awal sesi asia hari ini.Indikator MA menunjukkan kebarangkalian bahawa harga semasa akan membuat kenaikan dengan MA50 menunjukkan formasi naik ke arah atas memberi isyarat bahawa harga akan ditolak ke arah atas.Manakala jika dilihat pada indikator stochcastik pula,harga sudah pun memasuki zon overbought.Menunjukkan kemungkinan akan ada penurunan yang berlaku.Trend masih lagi untuk ahri ini dikuasai oleh trend kenaikan atau trend bullish.

Mengingatkan kepada anda bahawa,untuk hari ini kita melihat bahawa pergerakan adalah lebih ketara untuk meneruskan kenaikan.Jangkaan kita adalah untuk harga semasa bergerak naik dan mendekati zon rintangan utama kukuh iaitu diparas 72.680-72.932.Setelah memasuki zon rintangan ini,jika harga gagal melanggarnya maka harga akan membuat penurunan dan akan kembali menguji paras sokongan terdekat yang sekarang ini berada pada paras 72.238.Sebaliknya jika harga melanggar zon rintangan harga yang disebutkan,maka harga semasa akan terus melakukan kenaikan ke rintangan di jangka masa daily iaitu diparas 73.872.Sebaliknya jika harga selepas ini tidak melakukan kenaikan lalu terus melanggar sokongan terdekat di 72.238 ini,maka harga semasa akan membatalkan analisa kenaikan untuk hari ini dan akan melakukan penurunan.Destinasi pertama ialah pada MA50 diparas 71.884.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 71.884 dan rintangan 72.680

trend : bullish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.