NZDJPY melangkah perlahan - analisis - 11-07-2019
Pasangan matawang NZDJPY untuk analisa hari ini dilihat bergerak tenang dan sideway sahaja untuk hari ini.Buat masa sekarang trend sangat neutral tanpa menunjuk kan tanda-tanda untuk membuat pergerakan agresif.Indikator MA sekarang ini memerangkap candle harga semasa dari atas dan dari bawah.Dari atas MA50 membentuk rintangan kukuh yang menyebabkan candle masih lagi tidak mampu menyentuh paras rintangan 72.094.Manakala MA100 dan MA200 memerangkap harga dari bawah membentuk sokongan diparas 71.691-71.517.Dari pemerhatian ini,kita dapat membuat rumusan bahawa harga semasa tidak akan menunjukkan apa-apa tanda awal buat masa sekarang selagi harga semasa tidak memecahkan rintangan dan sokongan kukuh yang disebutkan tadi.
Mengingatkan keapda anda bahawa,jika harga semasa Berjaya menyentuh MA50 dan berjaya melanggarnya,maka harga semasa akan membuat satu trend bullish yang jelas dan akan membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh utama yang berada diparas 72.680-72.932.Sebaliknya jika harga semasa berjaya menyentuh MA100 dan berjaya melanggarnya maka harga semasa akan cuba membuat percubaan menurun dan sasaran utama kita adalah pada paras MA200 iaitu diparas 71.517.Melanggar MA200 ini akan menyebabkan harga meneruskan momentum sell dan akan mensasarkan zon sokongan utama yang berada diparas 70.346-70.262 sebagai kawasan sasaran.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 71.517 dan rintangan 72.680
trend : neutral