Pergerakan tenang mendahului momentum GBP/CHF - 18-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/CHF dilihat bergerak tenang disekitar paras rintangan 1.16414 dan paras sokongan 1.15574. Tiada pergerakan jelas yang dapat ditunjukkan oleh pasangan matawang ini buat masa sekarang. Namun, jika dilihat pada trend yang ditunjukkan semenjak minggu lalu, harga semasa di lihat masih lagi mengekalkan momentum Bearish yang telah dicadangkan pada analisa yang lalu. Oleh itu saya menyatakan bahawa, harga semasa mungkin akan cuba membuat penurunan dan menguji paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.15574. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan tersebut maka, harga semasa akan terus membuat penurunan dan mensasarkan paras sokongan kukuh 1.14890 sebagai sasaran utama untuk hari ini.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.15574
Sl: 1.16414
Tp: 1.14890