Saksikan Lonjakan Luar Biasa EMAS!

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental : 

Emas melambung ke paras tertinggi 2 setengah bulan lalu bacaan inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan mendorong junaman mendadak US dolar.

Indeks harga penguguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat hanya 7.7% tahun ke tahun pada bulan Oktober, melebihi jangkaan untuk kenaikan 7.9% dan menurun daripada catatan sebelumnya 8.2% pada September.

Pelabur mengubah jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi seterusnya.

Ini dapat dilihat pada CME FedWatch Tool yang menunjukkan bahawa pelabur kini menjangkakan Fed akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada Disember.

XAUUSDH1.png

XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat penurunan sementara menuju Support terdekat 1749.80 - 1747.50 Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1756.60, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Resistance seterusnya 1762.50.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.